Aku Org Sungai

sungai-c0llage31sungai-collage

sungai-collage2

Kenapa Aku wujudkan Page Ni?

First sekali sebab aku Keturunan Sungai (dahulunya Sungei aku tengok di surat beranak aku tp adik2 aku yg lahir thn 90 an tertulis Sungai) tp aku x tau pun BahaSA Sungai.. yg aku tau

(bahasa sungai) ISAI + NGARAN + NU
(bahasa melayu) SIAPA + NAMA + MU/KAMU

sebabnya di rumah keluarga aku guna bahasa campur2 mostly kakak2 aku cakap bahasa Suluk + SABAH pasar, mama’ n bapaku cakap Sungai+ Kadazan yg memang akupun x paham selalu pun aku trep 2(buat2) pAHAM padahal agak2 jak hehe..

Sampaikan aku kekadang x tau sebenarnya perkataan yg aku guna tu asal bahasa mana 1.

So di sini ku wujudkan ruang ni untuk mempelawa mereka di sini sana, sinun.. untuk share  la info pasal org Sungai sama ada dia memang org Sungai atau x, lg bagus sapa yg study di U, yg blajar n mengkaji pasal aSAL USUL Keturunan Sungai share info anda di sini!

p/s* bapa aku kata aku keturunan Sungai Labuk

* ajar aku B.Sungai  bah…best gak tu!

_____________________________________________________

Komuniti Sungai

Ya Rehan/Yan telah terpilih sebagi Featured Gurl. Who’s next? mungkin anda! Sungai men,boy,women..

rehan3

Yan Profile on Friendster


Isna/Lai Wan/Pamen more

So di sini aku menjemput sesiapa yg ingin share pasal urg sungai atau di featuredkan di sini sila contact aku adzlancer@yahoo.com sesiapa ada blog tu bleh xchange link gak. Jgn lupa sertakan

*Nama

* Gambar      (Suka hati mau letak pa)

* Nama blog dan Url

*Sungai Apa Labuk ,Kinabatangan, etc

PERHATIAN!

Sesiapa yg ingin menjoin GrOUP Aku org sungai boleh join di sini Aku Org Sungai Group

PoST!

*Fiezul Berpantun dalam Bahasa Sungai Segama

(lagi…Semua post berkaitan Aku Org Sungai)

Search Engine Optimization and SEO Tools

10 Comments

  1. yes, aku gak orang sungai duduk di melaka tapi ndak pandai pun bahasa sungai.amat merugikan.

  2. Untuk makluman semua, Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak oarng tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai nie merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau(Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya(Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (byk di Kg. Bambangan. Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi juga kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik..

    i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. Cth ayat :
    – Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk ), .dan byk lagi cth bahasa (msg saja aku klu mau belajar eheh)
    ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara.Cth ayat :
    – Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) – lihat ” tulun” yg juga bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai “lobu”..
    iii) Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek “Idahan” seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu.cth bahasa :
    – Mbah suruu kau (Pergi mana kau )..

    Saya cuma memberikan beberapa cth bahasa Orang2 Sungai yg terdapat di Negeri Sabah. Walaupun terdapat sedikit perbezaan dari bahasa sukuan/dialek namun Orang2 Sungai di negeri Sabah ini bangga dengan adat istiadat, pantang larang, tarian kebudayaan dan pakaian tradisional yang dikongsi bersama sebagai Orang Sungai. Dan kami semua bangga menjadi salah satu bangsa Pribumi di negeri Sabah yg bertuah ini.

    Jika di lihat dari segi politik, memang sudah ramai anak2 Orang Sungai yg berjaya dan mempunyai nama besar dlm arena politik Sabah/Malaysia cthnya spt:
    – Datuk Bung Moktar Radeen (Ahli MP Kinabatangan yg lantang di Parlimen- Beliau Orang Sungai yg berasal dari Kg.Bilit, Sukau, Kinabatangan)
    – Datuk Surady Kayong ( ADUN Sugut – bekas Pembantu Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sabah – skrg di Borneo Samudera).
    – Datuk Aklee Hj. Abas ( Bekas ADUN Sukau dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah)
    – YB Johny Intang ( bekas ADUN Kuamut ) dan YB Masiong Bana (ADUN Kuamut sekarang)
    disamping beberapa nama besar di zaman USNO & BERJAYA dulu.

    Dari segi sosial, Orang2 Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan, di Sabah terdapat Persatuan Orang Sungai Sabah. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Artis terkenal Sabah Ampal@Abu Bakar Ella juga berbangsa Sungai. Hubungan Orang Sungai dengan kaum2 pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman.Terdapat ramai juga anak watan Orang Sungai yg memegang jawatan tinggi di jabatan persekutuan dan negeri. Klu mau cerita pasal sosial mmg banyak yukk..

    Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang2 Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yg baik, walaupun ada sebilangannya yg masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut, namun perlu di beritahu bahawa Orang Sungai bukannya satu bangsa Pribumi yg suka meminta-minta, dan mengharap bantuan ihsan kerajaan semata. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang2 Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi cthnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yg terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang juga terdapat ramai Orang Sungai yg mempunyai ladang sawit/perladangan yg berdaya maju dan tidak kurang yg menjadi konglomerat perniagaan Sabah.

    So, pendek kata suku kaum Orang Sungai merupakan satu suku pribumi tulen Sabah yg sentiasa maju ke hadapan. Orang Sungai di Sabah akan sentiasa seiring dengan kaum pribumi tulen Sabah yg lain untuk seiring memajukan negeri yg kita cintai ini. selain bersama-sama dengan saudara pribumi utk membanteras PTI yg semakin merunsing sekarang..dipetik dr aku anak sabah..forum sabah.. siuk ba.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s